Tuesday, May 31, 2011

Mahkamah Tinggi Ketepikan Saman Ke Atas Peguam UMNO



KUALA LUMPUR, 31 Mei – Mahkamah Tinggi telah memutuskan Penasihat Undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun diketepikan daripada saman yang telah dikeluarkan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada 12 April 2011 lalu.

Dalam hujahnya, Hakim Datuk Zaleha Yusof telah membenarkan tujuh daripada lapan permohonan dalam Saman Pemula yang dikemukakan oleh Hafarizam iaitu antara lain saman yang dikeluarkan oleh DUN Selangor adalah terbatal, tidak terpakai dan bersifat adalah ultra vires (melanggari batasan undang-undang) dan bercanggah dengan undang-undang.

“Saya berterima kasih dan melihat keputusan mahkamah ini akhirnya telah menegakkan keadilan dan juga telah menunjukkan bahawasanya selaku seorang peguambela dan peguamcara saya tidak boleh ditakuti atau diancam dengan tindakan sebegini rupa kerana saya bertindak atas arahan anak guam,” katanya kepada UMNO-Online.

Read more!